Selasa, 29 September 2009

Waktu-waktu Mustajabnya Doa ..

Email : Alwi Joe
Oleh : Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih


Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah

(1). Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Malam Lailatul Qadar

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:33 AM 

Isnin, 28 September 2009

Ahlan Wasahlan ..

Pengenalan :


KAWAKIB TRAVEL SDN. BHD. telah ditubuhkan seawal 1992 dengan tujuan utama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama Dari awal penubuhan hingga kini kami telah dikenali sebagai antara pilihan utama bagi membawa para jemaah haji dan umrah ke kota suci Mekah dan Madinah. Kini, setelah lebih 15 tahun beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) Swasta yang berdaftar dan berlesen, kami telah berkembang dari hanya sekadar ajen pengurusan Haji/Umrah kepada syarikat pengurusan perjalanan yang menyeluruh. Kami memberikan khidmat lengkap perkhidmatan perjalanan, samada kembara niaga, percutian persendirian dan percutian berkumpulan untuk sektor kerajaan mahupun swasta bagi perjalanan dalam dan luar negeri.

Dari pejabat utama kami di Kemaman, Terengganu, KAWAKIB TRAVEL telahpun membuka cawangan utama di Bangunan Angkasaraya, Kuala Lumpur. Kini kami dalam perancangan untuk membuka lebih banyak lagi cawangan di Seremban, Melaka, Johor Bahru serta di Sabah, Insyaallah.

Falsafah Kami :

Dalam keadaan dunia yang bergerak maju, limpahan maklumat boleh meninmbulkan masalah, terutamanya di dalam perancangan perjalanan. Terlalu banyak maklumat berkaitan di mana-mana - di internet, televisyen, radio, akhbar, promosi percutian dan sebagainya. Tetapi, semasa anda merancangn percutian anda, bagaimanakah anda tahu maklumat yang anda perolehi itu adalah benar ? Apakah anda tahu "semua" yang perlu diketahui sama seperti apa yang anda lihat ?

Adalah sesuatu yang melegakan sekiranya ada yang anda percayai dapat membantu anda menilai semua maklumat yang berada di hadapan anda. Kami mempunyai PAKAR di dalam memahami kehendak perjalanan dan percutian anda. Kami BOLEH membantu anda memilih pakej perjalanan dan percutian yang sesuai dengan anda dan bajet anda.

TIDAK SEMUA AGEN PERJALANAN SAMA ! Kami di KAWAKIB TRAVEL adalah pilihan yang TEPAT untuk keperluan perjalanan dan percutian ANDA !

Apa yang anda perlu buat adalah membuat TEMUJANJI percuma tanpa paksaan dengan kami untuk perbincangan perjalanan dan percutian impian anda. Kami amat berbesar hati dapat duduk berbincang dengan anda untuk PERCUTIAN IMPIAN anda. Pakar perunding perjalanan kami sentiasa sedia membantu.

Janji kami : Percutian anda selepas ini adalah akan lebih baik dari percutian terdahulu.

HUBUNGI KAMI HARI INI !


Visi Kami : Untuk menjadi pemberi perkhidmatan yang bertaraf dunia.




**********************************

KAWAKIB TRAVEL SDN BHD was incorporated back in 1992 mainly to promote Malaysia globally as a tourist destination. From the beginning of its incorporation till todate we have set our footprint as a speacialist for Hajj and Umrah operator bringing countless numbers of spiritual travelers to the Holy Land. Now, after over 15 years in operation listed and licensed as Pengelola Jemaah Haji (PJH) Swasta Malaysia, we have grown from just a Hajj/Umrah travel agent to become a total travel management company providing a complete range of travel related services from vacations, business trips, individual leisure tours and group trips to both government and private sectors either domestically or internationally.
From our head office and first outlet in Kemaman, Terengganu Darul Iman, KAWAKIB TRAVEL has strategically opened up its main branch in Angkasaraya Building, Kuala Lumpur and more branches in Terminal 1, Seremban, Melaka Sentral, Malacca and Johor Bahru in the near future, INSYAALLAH.
Our Philosophy
In today’s fast-paced world, information overload can be a problem. This is especially true when it comes to travel. There’s travel information everywhere – the internet, television, mail, travel shows, and more. But, when you’re thinking about a vacation, for example, how do you know what information you can trust? What do you know what’s “behind” everything you see?
It helps to have someone you can trust to sort through all information and choices that are available. WE SPECIALIZE in understanding your unique travel needs and dreams. We can help you choose the vacation experience that is just right for you and within your budget.
ALL TRAVEL AGENCIES ARE NOT ALIKE! KAWAKIB TRAVEL is the right choice for you.
Simply schedule a free, no obligation vacation or travel consultation. We love nothing better to sit down with people and discuss their travel interests and dreams. You never khow what ideas or plans might come out of a personal discussion with a travel expert.
Remember our promise”. Your next vacation will be better than your last!


Call KAWAKIB TRAVEL SDN BHD Today!


Our vision……To be a World Class Service Provider