Jumaat, 1 Oktober 2010

Era Baru .. Pengurusan Baru ..

Satu perubahan yang tak dapat dielakkan ..

Pengurusan Kawakib Travel akan diambilalih oleh pengurusan baru mulai hari ini 1 Oktober 2010 demi kesinambungan bisnes. Dengan pengurusan baru ini adalah diharapkan peningkatan prestasi yg dirancang selepas musim Haji yg lalu akan tercapai. Pendekatan yg lebih sistematik serta tersusun telah dirangka demi keselesaan bakal jemaah Haji & Umrah utk tahun2 yg akan datang.

Berlatarbelakangkan pengalaman jurukira (akauntan) serta pengalaman bisnes yg lebih dari 20 tahun serta sokongan dari staf sediada akan memangkinkan kedudukan syarikat sebagai salah satu "player" yg besar dan kukuh di dalam pengurusan jemaah Haji & Umrah di masa2 yg akan datang.

Selamat Datang & Selamat Maju Jaya Kawakib Travel ..

Selasa, 3 November 2009

Sekitar Kursus Haji Perdana Kawakib Travel ..

Kursus intensif ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kursus yang diadakan sepanjang satu hari ini khusus untuk para jemaah Kawakib Travel ini antara lainnya telah memberi penerangan akan kerja-kerja haji yang mana telah dihadiri kira-kira 220 peserta dari sekitar Lembah Kelang. Terdapat juga kira-kira 40 orang peserta dari Taiping yang telah menyewa bas khusus untuk hadir bersama.

Disempurnakan oleh Pengurus Besar Kawakib Travel, Haji Muhammad Ashri serta penceramah utama, Ustaz Solahuddin bagi memberi pemahaman serta keadaan terkini di Mekah dan Madinah.

Kursus ini telah disudahi dengan pemberian cenderamata dari Kawakib Travel yang berupa beg pelbagai guna khas untuk jemaah bagi kegunaan di Tanah Suci nanti serta kain ihram dan telekung. Di samping itu, para petugas yang akan mengiringi para jemaah Kawakib Travel juga diperkenalkan di dalam majlis ini.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Tarikh Penting Bagi Musim Haji 2009 ..


Gambar ini diambil dari lobi Tabung Haji di Maju Junction, KL ..

Mungkin boleh membantu kita untuk merancang jadual para jemaah dari Malaysia-Madinah-Mekah-Malaysia.

Satu kursus intensif dan penerangan kepada bakal-bakal Haji Kawakib Travel sedang dirancang dan insyaallah akan diadakan pada Ahad ini (1 November 2009) di Masjid Jamek As-Shariff, Simpang Tiga, Gombak dari 9 pagi hingga 5 petang.




Khamis, 15 Oktober 2009

Mimpi Rasulullah ..

dipetik dari blog YB Titi Serong ..

Email : mohd naim mohd zain

Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Selasa, 13 Oktober 2009

Jauhi Buruk Sangka ..

“Hati-hati kalian dari buruk sangka, kerana itu adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kalian mendengarkan ucapan orang lain dalam keadaan mereka tidak suka. Janganlah kalian mencari-cari cela orang lain. Jangan kalian berlumba-lumba untuk menguasai sesuatu. Janganlah kalian saling hasad, saling benci, dan saling membelakangi” (HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ertinya jika kita sudah mengetahui seseorang itu tidak menyukai seorang lain, kita mestilah sangat berhati-hati mendengar apa saja yang diucapkan mengenai orang yang dibencinya itu. Sudah pasti ucapan yang keluar dari mulutnya adalah buruk sangka yang sangat dilarang oleh Islam.

Lawan suulzhon atau buruk sangka ialah berbaik sangka atau husnulzhon. Sekiranya kita selalu berbaik sangka, nescaya kita akan menjadi orang yang terbaik di kalangan anggota masyarakat tempat kita diami. Bayangkan betapa berbaik sangka akan mengelakkan perpecahan dan menguatkan kesatuan umat Islam. jauh sekali dari membawa pecah belah.

Berbaik sangka kepada pemimpin menguatkan jemaah, berbaik sangka kepada seorang ayah dan ibu oleh anak-anaknya melahirkan keluarga yang bahagia, termasuklah berbaik sangka dari seorang ayah dan ibu kepada anak-anaknya dan berbaik sangka seorang suami kepada isterinya dan sebaliknya adalah induk kepada lahirnya keharmonian masyarakat dalam semua peringkat.

Pada semasa hidup Rasulullah s.a.w., tidak henti-hentinya beliau mengajak umat manusia untuk menjauhi buruk sangka. Sebab, telah terbukti bahwa buruk sangka memberi kesan negatif terhadap hubungan antara manusia. Buruk sangka boleh menghancurkan kesatuan umat . Bila sudah menggelegak buruk sangka, maka kebencian akan bermaharajalela. Padahal tidak mudah meraih kemenangan dalam hidup ini meskipun oleh pihak yang benar, bila tidak ada persatuan. Sebaliknya, akan memberi laluan yang mudah kepada musuh untuk mencapai kemenangan, meskipun jumlahnya sedikit.

Buruk sangka juga menutup kebenaran. Kebenaran yang disampaikan oleh seseorang yang kita benci akan sulit diterima sebagai kebenaran. Meskipun benar, salah rasanya. Padahal setiap manusia sentiasa memerlukan kebenaran, yang datangnya dari siapa saja. Kita diajak untuk menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Negara dan negeri ini hanya akan kuat bila tali persaudaraan kita jaga bersama. Sebaliknya, akan lemah dan hancur bila kita selalu menyemai benih-benih buruk sangka.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:22 AM

Jumaat, 2 Oktober 2009

Riak Membunuh Pahala ..

Email : mohd naim mohd zain

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian di bawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."



Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:20 AM

Selasa, 29 September 2009

Waktu-waktu Mustajabnya Doa ..

Email : Alwi Joe
Oleh : Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih


Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah

(1). Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Malam Lailatul Qadar

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:33 AM 

Isnin, 28 September 2009

Ahlan Wasahlan ..

Pengenalan :


KAWAKIB TRAVEL SDN. BHD. telah ditubuhkan seawal 1992 dengan tujuan utama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama Dari awal penubuhan hingga kini kami telah dikenali sebagai antara pilihan utama bagi membawa para jemaah haji dan umrah ke kota suci Mekah dan Madinah. Kini, setelah lebih 15 tahun beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) Swasta yang berdaftar dan berlesen, kami telah berkembang dari hanya sekadar ajen pengurusan Haji/Umrah kepada syarikat pengurusan perjalanan yang menyeluruh. Kami memberikan khidmat lengkap perkhidmatan perjalanan, samada kembara niaga, percutian persendirian dan percutian berkumpulan untuk sektor kerajaan mahupun swasta bagi perjalanan dalam dan luar negeri.

Dari pejabat utama kami di Kemaman, Terengganu, KAWAKIB TRAVEL telahpun membuka cawangan utama di Bangunan Angkasaraya, Kuala Lumpur. Kini kami dalam perancangan untuk membuka lebih banyak lagi cawangan di Seremban, Melaka, Johor Bahru serta di Sabah, Insyaallah.

Falsafah Kami :

Dalam keadaan dunia yang bergerak maju, limpahan maklumat boleh meninmbulkan masalah, terutamanya di dalam perancangan perjalanan. Terlalu banyak maklumat berkaitan di mana-mana - di internet, televisyen, radio, akhbar, promosi percutian dan sebagainya. Tetapi, semasa anda merancangn percutian anda, bagaimanakah anda tahu maklumat yang anda perolehi itu adalah benar ? Apakah anda tahu "semua" yang perlu diketahui sama seperti apa yang anda lihat ?

Adalah sesuatu yang melegakan sekiranya ada yang anda percayai dapat membantu anda menilai semua maklumat yang berada di hadapan anda. Kami mempunyai PAKAR di dalam memahami kehendak perjalanan dan percutian anda. Kami BOLEH membantu anda memilih pakej perjalanan dan percutian yang sesuai dengan anda dan bajet anda.

TIDAK SEMUA AGEN PERJALANAN SAMA ! Kami di KAWAKIB TRAVEL adalah pilihan yang TEPAT untuk keperluan perjalanan dan percutian ANDA !

Apa yang anda perlu buat adalah membuat TEMUJANJI percuma tanpa paksaan dengan kami untuk perbincangan perjalanan dan percutian impian anda. Kami amat berbesar hati dapat duduk berbincang dengan anda untuk PERCUTIAN IMPIAN anda. Pakar perunding perjalanan kami sentiasa sedia membantu.

Janji kami : Percutian anda selepas ini adalah akan lebih baik dari percutian terdahulu.

HUBUNGI KAMI HARI INI !


Visi Kami : Untuk menjadi pemberi perkhidmatan yang bertaraf dunia.




**********************************

KAWAKIB TRAVEL SDN BHD was incorporated back in 1992 mainly to promote Malaysia globally as a tourist destination. From the beginning of its incorporation till todate we have set our footprint as a speacialist for Hajj and Umrah operator bringing countless numbers of spiritual travelers to the Holy Land. Now, after over 15 years in operation listed and licensed as Pengelola Jemaah Haji (PJH) Swasta Malaysia, we have grown from just a Hajj/Umrah travel agent to become a total travel management company providing a complete range of travel related services from vacations, business trips, individual leisure tours and group trips to both government and private sectors either domestically or internationally.
From our head office and first outlet in Kemaman, Terengganu Darul Iman, KAWAKIB TRAVEL has strategically opened up its main branch in Angkasaraya Building, Kuala Lumpur and more branches in Terminal 1, Seremban, Melaka Sentral, Malacca and Johor Bahru in the near future, INSYAALLAH.
Our Philosophy
In today’s fast-paced world, information overload can be a problem. This is especially true when it comes to travel. There’s travel information everywhere – the internet, television, mail, travel shows, and more. But, when you’re thinking about a vacation, for example, how do you know what information you can trust? What do you know what’s “behind” everything you see?
It helps to have someone you can trust to sort through all information and choices that are available. WE SPECIALIZE in understanding your unique travel needs and dreams. We can help you choose the vacation experience that is just right for you and within your budget.
ALL TRAVEL AGENCIES ARE NOT ALIKE! KAWAKIB TRAVEL is the right choice for you.
Simply schedule a free, no obligation vacation or travel consultation. We love nothing better to sit down with people and discuss their travel interests and dreams. You never khow what ideas or plans might come out of a personal discussion with a travel expert.
Remember our promise”. Your next vacation will be better than your last!


Call KAWAKIB TRAVEL SDN BHD Today!


Our vision……To be a World Class Service Provider